Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Thursday, August 27, 2009

Nizar H1N1 - Khalid dan Kroni Peguam nya

Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan arahan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membayar segera hutang RM66.67 juta kepada Bank Islam untuk pinjaman membeli saham Guthrie Corporation Berhad.

Suatu yang disedari dari laporan berita ini adalah peguam yang secara peribadi mewakili Khalid Ibrahim adalah Malik Imtiaz.

Bukankah Malik Imtiaz salah seorang peguam yang mewakili kerajaan Selangor dalam Inkues berhubung dengan kes kematian mengejut Teoh Beng Hock? Keadaan ini adalah sangat pelik.

Cara yang diamalkan Barisan Nasional adalah mengasingkan peguam untuk urusan peribadi kepada pemimpin dengan peguam untuk urusan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri atau parti.

Dengan memilih Malik Imtiaz, apa akan jadi jika timbul situasi yang mengaitkan Menteri Besar dalam kes Teoh Beng Hock? Apa pula jika ada situasi lain yang berbeza antara kepentingan Menteri Besar dan kepentingan negeri? Sebagai mewakili kerajaan Selangor dan Menteri Besar secara peribadi, kepentingan yang mana akan Malik utamakan? Kepentingan Khalid atau kepentingan kerajaan negeri?

Perkara sebegini ini adalah sesuatu yang asas. Adakah begitu naif dan bodoh sekali Khalid hingga tidak boleh memahami isu “conflict of interest”? Mungkin perkara sedemikian adalah amalan biasa dunia korporat dan Khalid ingin perkenalkan amalan ini kepada amalan pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan Malik Imtiaz mewakili Menteri Bersar secara peribadi dan juga kerajaan negeri, ini jelas sekali satu konflik kepentingan antara kepentingan negeri Selangor dan kepentingan peribadi Menteri Besar Selangor.

Ia boleh membawa masaalah jika ada pertentangan kepentingan. Selain itu, ia juga boleh dicurigai seolah-olah Menteri Besar telah campurtangan dengan urusan Penasihat Undang-Undang Negeri dengan mengarahkan supaya peguam peribadinya diambil untuk memberi perkhidmatan kepada kerajaan.

Adakah Khalid membayar yuran guamnya kepada Malik? Atau pun, adakah Khalid mendapat perkhidmatan FOC tetapi kerajaan Selangor akan membayar yuran sepenuh tanpa diskaun yang sungguh lumayan kepada Malik?

Sumber : http://www.selangordaily.com/

pandangan rakyat - 1. berapa yuran guaman yang malik dapat ? kalau 1% dari rm 66 juta = rm 666,000. tak kan ler 1 % ajer. katakan 10 % = rm 6.6 juta. 2. siapa yang bayar? - mungkin kerajaan negeri (yang di bayar bersama melalui fees inkues teo). 3. siapa malik imtiaz ? - ingat kes lina joy, kumpulan Artikel 11 & IFC (malik adalah peguam utama mereka) 4. malik adalah anak emas yang dibela anwar semasa malik belajar di uia lagi. 5. pandai tak cara malik jadi jutawan? 6. bodoh tak rakyat selangor?

1 comment:

  1. Saudara Apa itu "Conflict of Interest" Apa salah Maljk Imtiaz mewakili MB Selangor dan kerjaan negeri? Yang conflict of Interest ialah negeri Perak yang dirampas oleh BN. Adakah Setiausaha Negeri diberi kuasa penuh untuk terlibat dalam urusan harian Dewan. Yang 'correct correct correct itu bukankah conflict of interest. Adakah saudara masih ingat AG dan Ketua Polis Negara terlibat langsung dalam case Dato'Seri Anuar Ibrahim, bukankah ini Conflict of Interest dengan nyata. Yang saudara cakap ialah seperti 'Terpuk Dada Tanya Selera'

    ReplyDelete