Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Wednesday, August 26, 2009

Nizar H1N1 - Gempar Nik Aziz Accident

Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

p/s: Nama saja sama dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apapun Lebai ucap takziah kepada keluarga mangsa. Hati-hati memandu ketika musim perayaan. Biar lambat asal tiba di tempat yang dituju, jangan cepat tapi sampai di hospital atau tanah perkuburan.

sumber : paklebai.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment