Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Friday, June 11, 2010

Apa khabar UMNO Selangor ?

UMNO Selangor baik belaka. Lihat pandangan RBF dan GAP. Kalau gini punya citer, memang ketawa sakan lah puak-puak azmin dan hassan ali. Mereka boleh memerintah Selangor selagi ada bulan dan matahari.

Apa pulak komen anda ?

Friday, November 27, 2009

Nizar Edan ; BTN dikorban, Ronnie Liu buat Tahlil

BTN MENDOKONG SEMANGAT PATRIOTISME 1MALAYSIA

1.Fungsi dan peranan Biro Tatanegara BTN, Jabatan Perdana Menteri adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan serta memberi latihan sikap berteraskan sistem nilai murni. Ini termasuk 8 nilai aspirasi 1Malaysia iaitu Budaya Prestasi Tinggi, Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan, Budaya Inovasi, Integriti, Ketabahan, Kesetiaan & Kebijaksanaan.

2.Peserta terdiri drpd semua lapisan rakyat 16 tahun ke atas, pemimpin masyarakat, warga institusi pendidikan, anggota perkhidmatan awam, siswa/siswi, NGO dan swasta.

3.Moto BTN ialah "Bersama Mencipta Kegemilangan". BTN telah menerima sijil ISO 9001 pada 4 Sept 2009 daripada SIRIM kerana kursus2 yang berkualiti, mempunyai perancangan, teratur dengan arahan tetap dan kaedah yg baik serta menepati piawaian.

4.BTN juga berperanan mempertingkatkan komitmen rakyat kpd wawasan negara ke arah mencapai kegemilangan di peringkat diri, keluarga, persatuan, jabatan, agensi, masyarakat, negeri & negara dan dianggap pelengkap kpd proses mempersiapkan rakyat supaya menjunjung aspirasi negara yang berdaya maju & hebat di persada dunia.

5.Silibus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai2 murni bagi menjadi rakyat yg boleh menyumbang utk pembangunan negara. Kaedah: kursus 5hari 4mlm atau 4hari 3mlm atau seminar dgn pengalaman mempelajari, experiential learning, termasuk latihan jasmani & kerohanian.

6.Ilmu & maklumat yg disampaikan semuanya diperolehi berasaskan fakta sejarah, fakta sahih & data yg diperolehi dari agensi berkaitan & kumpulan pakar. Peserta juga diberi kebebasan utk menyatakan pandangan, kritikan & pendirian masing2.

7.BTN mendedahkan peserta dgn tajuk dasar negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan & Gagasan 1Malaysia. Ini termasuk aspek 1Malaysia iaitu perpaduan, penerimaan, kenegaraan & keadilan sosial.
8.BTN tidak ada memburukan mana-mana kaum kerana perkara2 yg disampaikan adalah yg berkaitan dgn perlembagaan negara juga konsep perpaduan dlm masyarakat pelbagai kaum. Kita menyeru kecemerlangan semua rakyat yg akhirnya akan menguntungkan negara.
9.Tindakan kerajaan Negeri Selangor adalah merupakan kekhuatiran politik sempit semata-mata. Adalah malang tindakan seperti ini akan merugikan sebahagian kakitangan dan pelajar di Selangor kerana tidak diberi peluang utk mengetahui fakta2 dan hal2 terkini kenegaraan.

10.Rakyat perlu memahami dasar2 untuk membina negara, Gagasan 1Malaysia, mendokong Perlembagaan Persekutuan, bersemangat patriotik tanpa mengira ideologi masing2 kerana ianya adalah antara teras utama kpd kejayaan mencapai Wawasan 2020.

11. Kini BTN dikorban di Selangor dek rejim Khalid yang bermegah berada dibayangan Chin Peng komunis. Ronnie Liu tentu akan tersenyum panjang. Dia akan buat tahlil 'kematian' instrument Patriotisme Malaysia. Sekali lagi Ronnie meraikan kejayaan.

Wednesday, September 30, 2009

Nizar Lalok : Pas Vs Isa Samad Rakyat

Memahami pandangan Rakyat di Bagan Pinang. Isa Samad adalah calun yg tepat untuk Bagan Pinang. Kenapa ? Apa pendapat mereka ?

1. Isa Samad sangat dekat dan mesra dengan rakyat Bagan Pinang. Beliau sering turun kawasan secara informal.

2. Isa Samad anak tempatan. Bagan Pinang adalah kampung Isa Samad.

3. Arwah isteri beliau juga berasal dari Bagan Pinang.

4. Isa Samad juga adalah pemimpin rakyat di Bagan Pinang sebagai Ketua Umno Cawangan Kg Bagan Pinang.

5. Isa Samad berpengalaman selama 30 tahun menjadi wakil rakyat.

6. 22 tahun Isa Samad jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

7. Sumbangan dan jasanya kepada rakyat Negeri Sembilan, khasnya di Teluk Kemang & Bagan Pinang adalah amat tidak terkira perinya.

8. Pembangunan di PD yg hebat sebahagian besar hasil idea dan usaha serta kerja keras Isa Samad.

9. Isa Samad dekat dan rapat dengan hati dan jiwa rakyat Bagan Pinang, samada Melayu, Cina atau India.

10. Beliau adalah season politician yang setentunya banyak diuji sebagai pemimpin rakyat.

11. Apa pun orang kata mengenai Isa Samad, kami yakin dengan kepimpinan beliau. Orang luar hanya pandai bercakap, mereka datang dan mereka pergi, tetapi kami tetap disini bersama beliau, kami kenal hati dan budi pemimpin kami ini.

Kami mahu Isa Samad terus berkhidmat dengan kami, rakyat di Bagan Pinang.

InsyaAllah kemenangan akan bersama beliau.

Nizar Lalok : SELCAT hantui Pas di Bagan Pinang

BOM SELCAT kini menghantui Pas di Bagan Pinang. Selcat adalah lambang kekejaman, lambang kezaliman rejim Dap yang disokong kuat oleh kuncu-kuncunya Pas dan Pkr.

SELCAT ditubuhkan oleh rejim Dap untuk memperbodohkan kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan yang berjasa membangun dan membina negara ini hendak dipermainkan oleh Rejim Dap, Pas dan Pkr.

Rejim Dap lupa bahawa Bendahara, Temenggung dan Laksamana merupakan pendukung pentadbiran kerajaan melayu zaman berzaman. Tidak mungkin golongan melayu Islam yang berjasa membangunkan tanah melayu ini boleh diketepikan oleh kaum dagang yang semakin lupa realiti sejarah tanah melayu ini.

Dengan SELCAT - Dap, Pas dan Pkr telah melayan kakitangan awam kerajaan selangor bagai penjenayah, bagai pengganas. Kakitangan awam yang tidak berdosa di interigosi seperti haiwan.

Nampaknya Dap, Pas dan PKR mahu menjadikan SELCAT sebagai alat untuk membalas dendam terhadap kerja keras kakitangan awam yang bertungkus lumus berkhidmat membangunkan negara ini. Patutkah kakitangan awam dipersalahkan dan diperlakukan sedemikian rupa.

Thursday, August 27, 2009

Nizar H1N1 - Inkues Teo ; Siapa TAN ?

Bergaduh dalam tandas

Kira-kira 12 jam sebelum ditemui mati, Teoh Beng Hock didakwa bergaduh dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah di dalam tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di bangunan Plaza Masalam di sini.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail mendedahkan, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai suruhanjaya, Bulkini Paharuddin selepas mayat Beng Hock ditemui di koridor tingkat lima, Plaza Masalam pada pukul 2 petang, 16 Julai lalu.

‘‘Selepas kematian Beng Hock, saya dimaklumkan oleh Bulkini, terdapat pergaduhan antara Boon Wah dan si mati dalam pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM Selangor,’’ katanya semasa menjawab soalan peguam pemerhati bagi suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa.

Boon Wah merupakan salah seorang daripada empat saksi yang berada di pejabat SPRM Selangor pada malam 15 Julai lalu bagi memberi keterangan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Boon Wah juga adalah seorang daripada dua individu yang pada awalnya didakwa enggan membenarkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diambil untuk dianalisis.

sumber - Utusan Malaysia

nampaknya drama inkues teo makin jelas, siapa yang menyebabkan kematian teo @ siapa yang sebenarnya membunuh teo. yang samar semakin jelas sekarang.

Rundingan Anwar - Najib ; PELIWAT yang CURANG !

Penasihat PKR, Anwar Ibrahim menafikan laporan media bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Putrajaya baru-baru ini.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, beliau pernah bertemu dengan Najib, misalnya di bangunan Parlimen sebelum ini tetapi bukannya di Putrajaya seperti yang dilaporkan.

“Siapa kata (saya bertemu dengan Perdana Menteri)? Adakah Datuk Seri Najib berkata begitu,” kata beliau selepas mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita melaporkan kononnya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah mengadakan perjumpaan secara peribadi selama sejam dengan Najib di Seri Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Laporan itu menyebut bahawa Najib bersedia untuk bekerja rapat dengan pembangkang.

sumber - www.sinarharian.com.my

pandangan rakyat - maknanya confim lah mereka berdua pernah bertemu dalam masa yang terdekat ini. menurut sumber, gelagat anwar telah dihidu oleh hadi awang. hadi awang mendapat pengesahan berita ini dari ustaz nasarudin timbalan nya yang sering berulang alik ke putra jaya. siapa lebih cekap ? najib, anwar atau hadi awang ?