Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Wednesday, September 30, 2009

Nizar Lalok : SELCAT hantui Pas di Bagan Pinang

BOM SELCAT kini menghantui Pas di Bagan Pinang. Selcat adalah lambang kekejaman, lambang kezaliman rejim Dap yang disokong kuat oleh kuncu-kuncunya Pas dan Pkr.

SELCAT ditubuhkan oleh rejim Dap untuk memperbodohkan kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan yang berjasa membangun dan membina negara ini hendak dipermainkan oleh Rejim Dap, Pas dan Pkr.

Rejim Dap lupa bahawa Bendahara, Temenggung dan Laksamana merupakan pendukung pentadbiran kerajaan melayu zaman berzaman. Tidak mungkin golongan melayu Islam yang berjasa membangunkan tanah melayu ini boleh diketepikan oleh kaum dagang yang semakin lupa realiti sejarah tanah melayu ini.

Dengan SELCAT - Dap, Pas dan Pkr telah melayan kakitangan awam kerajaan selangor bagai penjenayah, bagai pengganas. Kakitangan awam yang tidak berdosa di interigosi seperti haiwan.

Nampaknya Dap, Pas dan PKR mahu menjadikan SELCAT sebagai alat untuk membalas dendam terhadap kerja keras kakitangan awam yang bertungkus lumus berkhidmat membangunkan negara ini. Patutkah kakitangan awam dipersalahkan dan diperlakukan sedemikian rupa.

No comments:

Post a Comment