Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Thursday, August 27, 2009

Nizar H1N1 - Inkues Teo ; Siapa TAN ?

Bergaduh dalam tandas

Kira-kira 12 jam sebelum ditemui mati, Teoh Beng Hock didakwa bergaduh dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah di dalam tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di bangunan Plaza Masalam di sini.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail mendedahkan, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai suruhanjaya, Bulkini Paharuddin selepas mayat Beng Hock ditemui di koridor tingkat lima, Plaza Masalam pada pukul 2 petang, 16 Julai lalu.

‘‘Selepas kematian Beng Hock, saya dimaklumkan oleh Bulkini, terdapat pergaduhan antara Boon Wah dan si mati dalam pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM Selangor,’’ katanya semasa menjawab soalan peguam pemerhati bagi suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa.

Boon Wah merupakan salah seorang daripada empat saksi yang berada di pejabat SPRM Selangor pada malam 15 Julai lalu bagi memberi keterangan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Boon Wah juga adalah seorang daripada dua individu yang pada awalnya didakwa enggan membenarkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diambil untuk dianalisis.

sumber - Utusan Malaysia

nampaknya drama inkues teo makin jelas, siapa yang menyebabkan kematian teo @ siapa yang sebenarnya membunuh teo. yang samar semakin jelas sekarang.

No comments:

Post a Comment