Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Monday, August 24, 2009

Nizar PASBERG-Bila ERDOGAN berfatwa !

Mahfuz Omar Naib Presiden PASberg hari ini menyamakan kempen yang menyentuh peribadi calon lawan sebagai Badar al-Kubra pada zaman Rasulullah kerana peristiwa itu turut berlaku pada bulan Ramadan sama seperti Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir.

Beliau berkata, Ramadan adalah bulan mulia dan berkat yang mana Rasulullah dahulu menjadikan bulan ini sebagai medan menjelaskan perkara yang hak dan batil.

Tahniah kepada Mahfuz yang buat Fatwa, walaupun pelajaran setakat SPM dan ilmu agama terlalu dangkal tetapi nak juga buat fatwa untuk mengelirukan fahaman umat Islam. Ini lah fesyen ulamak ERDOGAN dalam PASberg.

Keduanya Tahniah kerana PASberg lah yang memulakan serangan peribadi terhadap calon BN. Pasberg lah yang mula-mula menghidangkan perkara-perkara yang batil dan fitanh kepada khalayak.

Ketiga bila calon PASberg di londehkan pulak, dengan mengeluarkan bukti Salleh Man kaki sakau duit orang ramai, maka Pasberg buat korne baring. huhhhhh hebat politik temberang PASberg.

Keempatnya budaya PASberg adalah, pemimpin nya akan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram semata-mata kerana nak menang pilihanraya.

Kelima tahniah kepada PASberg kerana bersetuju dengan pendapat Ronnie Lui yang kata beer dan Carlsberg itu adalah sekadar minuman biasa yang halal kepada orang islam.

Keenam inilah bahayanya bila orang berpolitik menggunakan topeng Agama dan membawa imej ulamak. Pembohongan dan pemutarbelit hukum dilakukan tanpa segan silu untuk menghalalkan amalan urusan dunia berpolitik yang dilakukan cara tidak beretika.

Ketujuh penduduk Permatang Pasir pun sendiri berasa kesal melihat politik mengaibkan orang berlebih-lebihan. PASberg lupa yang cuba di aibkan adalah anak Permatang Pasir sendiri yang mempunyai ramai saudara dan taulan di sini. Sedangkan calon PASberg adalah calon import dari luar.

Tetapi damage control ini sudah lewat. Banyak perkara mungkar rupanya yang membaluti pemimpin-pemimpin Pasberg seperti Mat Sabu dan Mahfuz. Amalan politik politik fitnah dan pembohongan kini sudah menghantui PASberg.

Wahai ahli-ahli PASberg, katakan yang benar bahawa BEER dan CARLSBERG itu HARAM.

5 comments:

  1. apa la lu ni bai. orang buat baik lu cakap salah. lu aje yang betul. daripada mengata tak bertempat, naik lu pergi mengaji dab mengkaji al-quran. jangan sorang-sorang. sebaiknya berguru. bukannya apa takut jadi sesat.

    ReplyDelete
  2. kenapa ko ni bangap sangat yg menghalalkan yg haram adalah Umno
    Politik wang terang terang haram (Pak Ungku pun setuju malah dia kata politik wang tu rasuah la) tapi ulama besar umno waktu tu alUstaz Mahathir mohd buat fatwa pilik wang halal halal...apa ni bang.
    Tak ado bangsa dalam dunia ni yg menghapuskan bahasa dia sendiri kecuali UMNO. Begitu juga dgn tulisan jawi...bukan nik aziz, atau hj hadi yg melupuskannya tp bapak-bapak Umno terutamanya allahyarham Khir Johari yg memainkan peranan memeinggirkan jawi sampai genaris sekarg terkial-kial nak baca jaw..

    ReplyDelete
  3. adoi.....dbulan ramadhan ni aku ingat "kool" sikit tapi aku baca PR cakap menyerap darah aku
    pasal orangx PR belum nak sedar kesalahan diri dia...ni aku nak berseru!!!!!!
    WAHAI ORANG-ORANG MELAYU PAS/PKR BERMUASABAH DIRI DBULAN YG BERKAT INI KETEPIKAN POLITIK...
    UTAMAKAN BANGSA/AGAMA MU.
    jauhilah DSAI/TGNA DEKATKAN diri dgn ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Bgus dekatkn diri dgn Allah... jgn ckp kat org jer... diri sendiri pun kena buat jugak.. jgn sebarkn fitnah....

    ReplyDelete
  5. DI MANA IMAN MU WAHAI SAHABAT KETIKA MENULIS ARTIKAL INI,BERISTIFAR BANYAK2 DI BULAN RAMADAN YANG MULIA INI..

    ReplyDelete