Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Friday, November 27, 2009

Nizar Edan ; BTN dikorban, Ronnie Liu buat Tahlil

BTN MENDOKONG SEMANGAT PATRIOTISME 1MALAYSIA

1.Fungsi dan peranan Biro Tatanegara BTN, Jabatan Perdana Menteri adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan serta memberi latihan sikap berteraskan sistem nilai murni. Ini termasuk 8 nilai aspirasi 1Malaysia iaitu Budaya Prestasi Tinggi, Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan, Budaya Inovasi, Integriti, Ketabahan, Kesetiaan & Kebijaksanaan.

2.Peserta terdiri drpd semua lapisan rakyat 16 tahun ke atas, pemimpin masyarakat, warga institusi pendidikan, anggota perkhidmatan awam, siswa/siswi, NGO dan swasta.

3.Moto BTN ialah "Bersama Mencipta Kegemilangan". BTN telah menerima sijil ISO 9001 pada 4 Sept 2009 daripada SIRIM kerana kursus2 yang berkualiti, mempunyai perancangan, teratur dengan arahan tetap dan kaedah yg baik serta menepati piawaian.

4.BTN juga berperanan mempertingkatkan komitmen rakyat kpd wawasan negara ke arah mencapai kegemilangan di peringkat diri, keluarga, persatuan, jabatan, agensi, masyarakat, negeri & negara dan dianggap pelengkap kpd proses mempersiapkan rakyat supaya menjunjung aspirasi negara yang berdaya maju & hebat di persada dunia.

5.Silibus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai2 murni bagi menjadi rakyat yg boleh menyumbang utk pembangunan negara. Kaedah: kursus 5hari 4mlm atau 4hari 3mlm atau seminar dgn pengalaman mempelajari, experiential learning, termasuk latihan jasmani & kerohanian.

6.Ilmu & maklumat yg disampaikan semuanya diperolehi berasaskan fakta sejarah, fakta sahih & data yg diperolehi dari agensi berkaitan & kumpulan pakar. Peserta juga diberi kebebasan utk menyatakan pandangan, kritikan & pendirian masing2.

7.BTN mendedahkan peserta dgn tajuk dasar negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan & Gagasan 1Malaysia. Ini termasuk aspek 1Malaysia iaitu perpaduan, penerimaan, kenegaraan & keadilan sosial.
8.BTN tidak ada memburukan mana-mana kaum kerana perkara2 yg disampaikan adalah yg berkaitan dgn perlembagaan negara juga konsep perpaduan dlm masyarakat pelbagai kaum. Kita menyeru kecemerlangan semua rakyat yg akhirnya akan menguntungkan negara.
9.Tindakan kerajaan Negeri Selangor adalah merupakan kekhuatiran politik sempit semata-mata. Adalah malang tindakan seperti ini akan merugikan sebahagian kakitangan dan pelajar di Selangor kerana tidak diberi peluang utk mengetahui fakta2 dan hal2 terkini kenegaraan.

10.Rakyat perlu memahami dasar2 untuk membina negara, Gagasan 1Malaysia, mendokong Perlembagaan Persekutuan, bersemangat patriotik tanpa mengira ideologi masing2 kerana ianya adalah antara teras utama kpd kejayaan mencapai Wawasan 2020.

11. Kini BTN dikorban di Selangor dek rejim Khalid yang bermegah berada dibayangan Chin Peng komunis. Ronnie Liu tentu akan tersenyum panjang. Dia akan buat tahlil 'kematian' instrument Patriotisme Malaysia. Sekali lagi Ronnie meraikan kejayaan.

3 comments:

  1. salam....

    pemerintahan kuku besi mula mengambil
    tempat didalam pentadbiran kerajaan negeri
    Selangor dengan melarang staf dan rakyat
    negeri mengikuti program BTN....

    JAMAN EDAN PR SELANGOR!!!

    ReplyDelete
  2. bangang pkr dap..

    ReplyDelete
  3. bodo la pkr, aku nk amik exam ptk ni.... babi la pkr...

    ReplyDelete