Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Sunday, August 23, 2009

Nizar PASberg - Salleh Tengking Mujahid

Cerita menarik malam tadi adalah peristiwa panas yang berlaku di belakang pentas peti undi Bukit Indera Mulia. Cerita sok sek ini di lapurkan dalam beberapa blog.

Salleh Man, calun PAS di Permatang Pasir dilihat menengking Mujahid Yusof Rawa.

Ini mungkin sebab rasa tidak puashati Salleh terhadap Mujahid yang telah membongkar rahsia duit. Isu duit kempen PRK Permatang Pauh dan sekolah pintar PAS hanya diketahui oleh Mujahid. Salleh Man yakin Mujahid cuba sabotaj dia dalam pilihanraya kecil ini.

Pertengkaran ini berlaku selepas sahaja Salleh Man memberi ceramah dan beliau melihat Mujahaid berada di belakang pentas.

Salleh Man berada dalam tekanan yang amat tinggi. Riak muka wajah Salleh Man pun nampak macam dah tak larat nak terus berkempen lagi.

Drama belakang pentas ini juga dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pas yang dipengerusikan oleh Mahfudz Omar awal pagi ini. Dalam mesyuarat itu Md Sabu mempertahankan Mujahid dan menegur sikap Salleh yang cepat panas baran dalam kempen pilihanraya ini.

No comments:

Post a Comment