Malaysia Merdeka Ku

Malaysia Merdeka Ku

Thursday, August 27, 2009

Nizar H1N1 - Inkues Teo ; Siapa TAN ?

Bergaduh dalam tandas

Kira-kira 12 jam sebelum ditemui mati, Teoh Beng Hock didakwa bergaduh dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah di dalam tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di bangunan Plaza Masalam di sini.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail mendedahkan, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai suruhanjaya, Bulkini Paharuddin selepas mayat Beng Hock ditemui di koridor tingkat lima, Plaza Masalam pada pukul 2 petang, 16 Julai lalu.

‘‘Selepas kematian Beng Hock, saya dimaklumkan oleh Bulkini, terdapat pergaduhan antara Boon Wah dan si mati dalam pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM Selangor,’’ katanya semasa menjawab soalan peguam pemerhati bagi suruhanjaya tersebut, Datuk Abdul Razak Musa.

Boon Wah merupakan salah seorang daripada empat saksi yang berada di pejabat SPRM Selangor pada malam 15 Julai lalu bagi memberi keterangan berhubung penyalahgunaan wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Boon Wah juga adalah seorang daripada dua individu yang pada awalnya didakwa enggan membenarkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diambil untuk dianalisis.

sumber - Utusan Malaysia

nampaknya drama inkues teo makin jelas, siapa yang menyebabkan kematian teo @ siapa yang sebenarnya membunuh teo. yang samar semakin jelas sekarang.

Rundingan Anwar - Najib ; PELIWAT yang CURANG !

Penasihat PKR, Anwar Ibrahim menafikan laporan media bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Putrajaya baru-baru ini.

Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, beliau pernah bertemu dengan Najib, misalnya di bangunan Parlimen sebelum ini tetapi bukannya di Putrajaya seperti yang dilaporkan.

“Siapa kata (saya bertemu dengan Perdana Menteri)? Adakah Datuk Seri Najib berkata begitu,” kata beliau selepas mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita melaporkan kononnya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah mengadakan perjumpaan secara peribadi selama sejam dengan Najib di Seri Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Laporan itu menyebut bahawa Najib bersedia untuk bekerja rapat dengan pembangkang.

sumber - www.sinarharian.com.my

pandangan rakyat - maknanya confim lah mereka berdua pernah bertemu dalam masa yang terdekat ini. menurut sumber, gelagat anwar telah dihidu oleh hadi awang. hadi awang mendapat pengesahan berita ini dari ustaz nasarudin timbalan nya yang sering berulang alik ke putra jaya. siapa lebih cekap ? najib, anwar atau hadi awang ?

Nizar H1N1 - Khalid dan Kroni Peguam nya

Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan arahan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membayar segera hutang RM66.67 juta kepada Bank Islam untuk pinjaman membeli saham Guthrie Corporation Berhad.

Suatu yang disedari dari laporan berita ini adalah peguam yang secara peribadi mewakili Khalid Ibrahim adalah Malik Imtiaz.

Bukankah Malik Imtiaz salah seorang peguam yang mewakili kerajaan Selangor dalam Inkues berhubung dengan kes kematian mengejut Teoh Beng Hock? Keadaan ini adalah sangat pelik.

Cara yang diamalkan Barisan Nasional adalah mengasingkan peguam untuk urusan peribadi kepada pemimpin dengan peguam untuk urusan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri atau parti.

Dengan memilih Malik Imtiaz, apa akan jadi jika timbul situasi yang mengaitkan Menteri Besar dalam kes Teoh Beng Hock? Apa pula jika ada situasi lain yang berbeza antara kepentingan Menteri Besar dan kepentingan negeri? Sebagai mewakili kerajaan Selangor dan Menteri Besar secara peribadi, kepentingan yang mana akan Malik utamakan? Kepentingan Khalid atau kepentingan kerajaan negeri?

Perkara sebegini ini adalah sesuatu yang asas. Adakah begitu naif dan bodoh sekali Khalid hingga tidak boleh memahami isu “conflict of interest”? Mungkin perkara sedemikian adalah amalan biasa dunia korporat dan Khalid ingin perkenalkan amalan ini kepada amalan pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan Malik Imtiaz mewakili Menteri Bersar secara peribadi dan juga kerajaan negeri, ini jelas sekali satu konflik kepentingan antara kepentingan negeri Selangor dan kepentingan peribadi Menteri Besar Selangor.

Ia boleh membawa masaalah jika ada pertentangan kepentingan. Selain itu, ia juga boleh dicurigai seolah-olah Menteri Besar telah campurtangan dengan urusan Penasihat Undang-Undang Negeri dengan mengarahkan supaya peguam peribadinya diambil untuk memberi perkhidmatan kepada kerajaan.

Adakah Khalid membayar yuran guamnya kepada Malik? Atau pun, adakah Khalid mendapat perkhidmatan FOC tetapi kerajaan Selangor akan membayar yuran sepenuh tanpa diskaun yang sungguh lumayan kepada Malik?

Sumber : http://www.selangordaily.com/

pandangan rakyat - 1. berapa yuran guaman yang malik dapat ? kalau 1% dari rm 66 juta = rm 666,000. tak kan ler 1 % ajer. katakan 10 % = rm 6.6 juta. 2. siapa yang bayar? - mungkin kerajaan negeri (yang di bayar bersama melalui fees inkues teo). 3. siapa malik imtiaz ? - ingat kes lina joy, kumpulan Artikel 11 & IFC (malik adalah peguam utama mereka) 4. malik adalah anak emas yang dibela anwar semasa malik belajar di uia lagi. 5. pandai tak cara malik jadi jutawan? 6. bodoh tak rakyat selangor?

Wednesday, August 26, 2009

Nizar H1N1 - Gempar Nik Aziz Accident

Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

p/s: Nama saja sama dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apapun Lebai ucap takziah kepada keluarga mangsa. Hati-hati memandu ketika musim perayaan. Biar lambat asal tiba di tempat yang dituju, jangan cepat tapi sampai di hospital atau tanah perkuburan.

sumber : paklebai.blogspot.com/

Tuesday, August 25, 2009

Nizar PASBERG - Bila Poster Jadi Mangsa




Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Marahkan anak sindir menantu. Marahkan BN, Poster dihumban.

Bila poster sudah menjadi mangsa, maknanya mereka benar-benar kalut.

Pas tidak dapat menerima kenyataan bahawa UMNO semakin berkesan dalam menjalankan tugas-tugas pilihanraya kecil sehingga menyebabkan Salleh Man calon Pas lari malam.

Mereka semakin panas, akibatnya mereka hilang pertimbangan. Pas nampaknya semakin ekstrim dalam pendekatannya.

Ada harapan besar nampaknya untuk BN di Permatang Pasir. Tentunya resepi manek urai semakin jelas.

Nizar PASberg - Malaysia menuju TALIBAN ?

"Malaysia's conservative Islamic party on Monday called for Danish band
Michael Learns to Rock to be banned from performing next month, saying it was an insult to Muslims during Ramadan.

The Pan-Malaysian Islamic party (PAS) has campaigned against several
foreign performers, and in 2007 threatened protests which forced US singer
Beyonce to scrap a planned concert in Malaysia.

"We are opposing this concert because holding it does not respect
Muslims as it is the fasting month of Ramadan, a time for holiness and
cleanliness," PAS youth wing chief Nasrudin Hassan Tantawi told AFP.

"The "Michael Learns to Rock -- Eternity Tour 2009" is set to take
place at the Genting Highlands resort north of the capital Kuala Lumpur on
September 5, according to promoter Star Planet's website.
" Agence
France-Presse
- 8/24/2009 7:08 AM GMT

Kenyataan Tantawi diatas, seperti mahu menjadikan Malaya sebuah negara TALIBAN. Ini adalah kumpulan FUNDAMENTALIS LEFT dalam politik malaya.

Dewan Pemuda PAS pusat ini betul-betul munafik ! Rakyat nak tanya kepada Pas, kamu bersekongkol dengan Ronnie Lui yang halalkan beer kenapa?

Kamu bersekongkol dengan Khalid Samad yang nak bina Gereja terbesar di shah alam kenapa?

Kamu bersekongkol dengan Rodziah Batu Tiga yang nak bina kuil terbesar di seksyen 23 shah alam kenapa?

Kamu bersekongkol dengan Exco ratu seks Selangor, Elizabeth wong kenapa?

Hai tantawi, kamu sendiri larikan bini orang di Permatang pasir kenapa?

Sesungguhnya kamu adalah kepala MUNAFIKON wahai Tantawi .

Nizar PASberg - Salleh Man Hutang TEKUN

Apa cerita ni Salleh Man? Tak bayar hutang Tekun?

PAS dok kata DEB perkauman dan tak sokong lagi. Dok kutuk tak payah Melayu-Melayu lagi. Awat pi pinjam dengan Tekun bawah MECD? Dah pinjam tu tak bayaq.

Detail siap ada. IC calon PAS, Mohd Salleh bin Man - 540216075667. Hutang sebanyak RM22,310.00. Last dia bayaq bulan Julai 2008.

Nak nafi nafi silakan lah.

Pikiaq sikitlah. Macam mana kita boleh dapat detail. Boleh main tadah dengan mangkuk masa hujan petang tadi ka? Sekarang jawablah PAS.

Hangpa kutuk Rohaizat pasai urusniaga peribadinya. Sekang hangpa ni tak bayaq hutang pun. Rohaizat sudah settle. Ini tak bayaq dari tahun lepaih. Mana pi duit yang banyak banyak tu ... hehehehe. Takpalah.

Fatwa baru PAS adalah hutang tak payah bayaq. Pasal apa jadi ahli PAS Nik Aziz kata masuk syurga. Salleh Man, Salleh Man ... harapkan alim pada songkok kopiah aja.

-The Unspinners

Nizar PASberg - Pengundi Hantu Hidup, SPR pejam mata

Hampir 4 ribu pengundi hantu PAS dikesan di Permatang pasir !!!

Berita panas! Berita panas!

Kini terdedah PAS menggunakan pengundi hantu.

Kami harap Ketua Jentera Pilihanraya PAS, Mahfudz Omar jelaskan kedudukkan ini. Butir-butir kini lengkap.

Rumah tuan punya rumah tidak tahu siapa yang bernama tapi beralamat rumah mereka. Satu rumah ada sampai 14 orang duduk. Hai pecahlah lantai rumah kampung kalau ada 14 orang dewasa duduk rumah.

Ada pula rumah Cina boleh ada ramai orang Melayu beralamat di rumah mereka. Apa sudah jadi? Kalau mengiyakan, ini bermakna orang PAS duduk di rumah Cina. Maklumlah PAs sudah sedia berinteraksi kaum. Sekarang mereka sudah Take Beer! perkembangan baru menunjukkan mereka sudah Take Chiok!

Bagi Mahfudz, sila jawab.

Adakah demokrasi ala Latin Amerika sudah menyusup dalam demokrasi Malaysia? Ini selalu berlaku di negeri yang dikuasai Drug Lord. PAS bersekongkol dengan Raja Anarkis dan Pembohong Utama, Raja Petra.

Yang jelasnya kalau pun PAS menang, ianya adalah kerana pengundi hantu. pas sudah semakin kehilangan sokongan orang melayu. manek urai barah buat pas.

theunspinners

Monday, August 24, 2009

Nizar PASberg - Gempar ; Tantawi Larikan Isteri Orang


24 jam terakhir ini Dewan Pemuda Pas menjaja isteri muda Rohaizat ke segenap pelusuk Dun Permatang Pasir. perbuatan menjaja Isteri muda Rohaizat dieksplotasi sebaik mungkin oleh mereka demi mencapai impian politik mereka.

Islam tidak pernah mengajar ummatnya melakukan perkara terkutuk itu, harus di ingat adakah perbuatan Nasaruddin Tantawi betul? sudah kah isteri Rohaizat meminta izin suaminya untuk keluar rumah ? nasaruddin tantawi tahu tak yang dia membawa keluar isteri orang tanpa mendapat keizinan suaminya. Tantawi telah larikan isteri orang. Apa hukumnya?

Ketua Dewan Pemuda PAS ini telah mencemarkan sayap PAS. mungkin tantawi telah berguru dengan mat sabu yang ditangkap berkhalwat dengan norma di hotel perdana.

Inilah ajaran Islam songsang yang dibawa oleh PAS. Islam menggalakan kita memelihara rumahtangga yang dibina. Tetapi PAS terus menerus menghancurkan rumahtangga orang demi kepuasan nafsu mereka.

Nizar PASberg - Pas makin sesak

Pas makin tertekan di Permatang Pasir. Strategi serangan fitnah dan tohmahan Pas kali ini makan diri.

Setelah calon BN diasak dengan teruknya oleh Pas, semalam rakan kongsi Rohaizat membela Pas. Hari ini bapa mertua Rohaizat pula membela menantunya.

Serangan Pas telah dipatahkan dengan sempurna dengan tiga kes moral pemimpin kanannya. Pertama peristiwa Mat Sabu yang ditangkap berkhalwat di Kota Bharu bersama Norma pasangan nya.

Kedua kisah Mahfuz Omar yang sering ke Penjara Alor Setar kerana melawat anaknya yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan Dadah.

Ketiga kisah pertengkaran calon Pas Salleh Man dengan Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Nizar PASberg - Pas makin tertekan

Pas makin tertekan di Permatang Pasir. Strategi serangan fitnah dan tohmahan Pas kali ini makan diri.

Setelah calon BN diasak dengan teruknya oleh Pas, semalam rakan kongsi Rohaizat membela Pas. Hari ini bapa mertua Rohaizat pula membela menantunya.

Serangan Pas telah dipatahkan dengan sempurna dengan tiga kes moral pemimpin kanannya. Pertama peristiwa Mat Sabu yang ditangkap berkhalwat di Kota Bharu bersama Norma pasangan nya.

Kedua kisah Mahfuz Omar yang sering ke Penjara Alor Setar kerana melawat anaknya yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan Dadah.

Ketiga kisah pertengkaran calon Pas Salleh Man dengan Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Nizar PASberg - Pas makin tertekan

Pas makin tertekan di Permatang Pasir. Strategi serangan fitnah dan tohmahan Pas kali ini makan diri.

Setelah calon BN diasak dengan teruknya oleh Pas, semalam rakan kongsi Rohaizat membela Pas. Hari ini bapa mertua Rohaizat pula membela menantunya.

Serangan Pas telah dipatahkan dengan sempurna dengan tiga kes moral pemimpin kanannya. Pertama peristiwa Mat Sabu yang ditangkap berkhalwat di Kota Bharu bersama Norma pasangan nya.

Kedua kisah Mahfuz Omar yang sering ke Penjara Alor Setar kerana melawat anaknya yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan Dadah.

Ketiga kisah pertengkaran calon Pas Salleh Man dengan Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Nizar PASberg - Anwar Maksum

Sebagaimana biasa apabila ada peristiwa berlaku yang tidak memihak kepada pakatan pembangkang, meriam serta seluruh peluru berpandu akan diarahkan kepada pihak yang terbabit untuk diserang.

Walaupun suatu ketika pihak yang terbabit sama-sama tidur sebantal, apabila bercerai, segala kemanisan semuanya bertukar menjadi pahit. Inilah yang dapat disimpulkan daripada komen Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas tindakan ADUN PKR kawasan Lunas Mohammad Radzhi Salleh yang mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Dalam komennya yang disiarkan oleh blog beliau, Anwar yang terkenal dengan lenggok bahasa berbunga-bunga menyerang Radzhi dengan membangkitkan soal peribadi ADUN berkenaan.
Selain itu, Anwar yang memang terkenal dengan seni mengalih perhatian juga macam selalunya membuat serangan terhadap Barisan Nasional (BN) dan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM dalam ulasannya terhadap isu berkenaan. Soal pendedahan Radhzi tentang kepincangan dalam PKR tidak diulas dan tidak pula dijawab.

Jika diambil kira kenyataan Anwar itu jika dihujahkan semula akan terkena batang hidungnya sendiri. Soal prestasi, kenapa setelah Radzhi umum keluar parti baru ditimbulkan.

Jika Anwar benar-benar orang yang berpegang kepada soal prestasi, inilah masanya beliau membetulkan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa oleh orang paling kanannya, Azmin Ali perlu dirombak kerana tidak efisien. Jangan nanti jika ada ADUN Selangor yang hilang keyakinan dengan PKR maka soal prestasi mereka diserang dan peribadi mereka dicerca.

Begitu juga apabila Anwar menjadikan soal tuntutan perbelanjaan yang tidak munasbah oleh Radzhi, apakah Anwar lupa beberapa orang Ahli Parlimen PKR dan PAS pernah dihadapkan ke mahkamah kerana bukan sahaja membuat tuntutan melampau tetapi tuntutan palsu. Jika anwar terlupa bolehlah bertanya kepada Mohd Apandi Mohamad, bekas Ahli Parlimen Jeli, Kelantan.

Begitu juga Anwar cuba memburukkan Radzhi dengan mengaitkan soal perkahwinan di Thailand. Apakah Anwar boleh menutup mata atau sengaja nak tutup cerita, Ahli Parlimen Kota Bharu sekarang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah juga pernah dihadap ke mahkamah kerana soal kahwin di Kemboja. Pada 30 April 2002, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM1,800 ke atas Wan Abdul Rahim kerana kesalahan mengahwini seorang warga wanita Kemboja di negara itu dan berpoligami tanpa izin pihak berkuasa agama Kelantan.

Bagaimana pula dengan kes ADUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja yang diajak memeluk Islam kemudiannya diceraikan. Malah tidak keterlaluan apa salahnya Radzhi kahwin dengan wanita di Thailand jika syarak membenarkan. Dia bukannya kahwin atau main dengan jantan. Kalau itu ia bukan sahaja perlu dikritik perlu ditentang habis-habisan.

Nampak gayanya semua orang dalam PKR dan pembangkang selagi mana mereka berada dalam PKR dan pembangkang, adalah baik-baik belaka. Keluar sahaja pasti buruk. Atau Anwar sahaja yang maksum sama macam Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang boleh tentukan siapa masuk syurga atau neraka.

Andainya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jika selepas ini katakanlah ‘bercerai’ dengan pembangkang atau Anwar, apakah serangan Anwar terhadap beliau agaknya.

Nizar PASBERG - Anwar SABOTAJ Pas

Kehadiran AnWAR di Ptg. Pasir kali ini umpama biskut, sekejap ada, sekejap tiada. Walaupun sebagai Ahli Parlimen di sana, kempen AnWAR jelas kelihatan 'mahu tak mahu' sahaja. Kedengaran rakan-rakan PKR di Ptg. Pasir memberitahu AnWAR mahu PAS menang dengan majoriti yang rendah kali ini. Jika keadaan sama seperti di Manek Urai, ianya lagi bagus ujar AnWAR.

Jika BN menang di Ptg. Pasir, ianya lebih baik bagi AnWAR. AnWAR mahu menunjukkan kepada penyokongnya bahawa PAS AMAT memerlukan beliau bagi meneruskan kesinambungan kejayaan bagi PAS. Ujar rakan saya di Ptg. Pasir, kemenangan PAS di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang membuatkan PAS lebih menumpukan perhatian kepada pengundi Cina, berbanding diri AnWAR!

AnWAR meluahkan bahawa PAS hanya mengambil kesempatan dan menggunakan kekuatan beliau bagi meraih undi. Bagi memberi PAS sedikit pengajaran, AnWAR mahu PAS alami sedikit kejutan kali ini. Dulu pun di Manek Urai AnWAR telah menempelak PAS kerana tidak mahu mendengar cakapnya! Kerana itu, jentera PKR di Ptg. Pasir kali ini tidak seagresif dulu. Dihadapan pemimpin PAS, AnWAR akan berkata beliau telah mengerahkan semua jentera PKR membantu PAS.

Buat penyokong PAS, hati-hati dengan manusia ini! Ianya adalah spesis yang akan membaham apa dan sesiapa saja demi mencapai agenda peribadinya. Bagi mengelak tumpuan, beliau akan menuding jari menyalahkan orang lain. Taktik AnWAR kini juga menjadi ikutan segelintir pendokong PAS. SAH! Mereka ini lebih mendengar cakap AnWAR dari Presiden mereka sendiri.

Terima kasih atas maklumat http://x-pkr.blogspot.com/

Nizar PASBERG-Bila ERDOGAN berfatwa !

Mahfuz Omar Naib Presiden PASberg hari ini menyamakan kempen yang menyentuh peribadi calon lawan sebagai Badar al-Kubra pada zaman Rasulullah kerana peristiwa itu turut berlaku pada bulan Ramadan sama seperti Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir.

Beliau berkata, Ramadan adalah bulan mulia dan berkat yang mana Rasulullah dahulu menjadikan bulan ini sebagai medan menjelaskan perkara yang hak dan batil.

Tahniah kepada Mahfuz yang buat Fatwa, walaupun pelajaran setakat SPM dan ilmu agama terlalu dangkal tetapi nak juga buat fatwa untuk mengelirukan fahaman umat Islam. Ini lah fesyen ulamak ERDOGAN dalam PASberg.

Keduanya Tahniah kerana PASberg lah yang memulakan serangan peribadi terhadap calon BN. Pasberg lah yang mula-mula menghidangkan perkara-perkara yang batil dan fitanh kepada khalayak.

Ketiga bila calon PASberg di londehkan pulak, dengan mengeluarkan bukti Salleh Man kaki sakau duit orang ramai, maka Pasberg buat korne baring. huhhhhh hebat politik temberang PASberg.

Keempatnya budaya PASberg adalah, pemimpin nya akan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram semata-mata kerana nak menang pilihanraya.

Kelima tahniah kepada PASberg kerana bersetuju dengan pendapat Ronnie Lui yang kata beer dan Carlsberg itu adalah sekadar minuman biasa yang halal kepada orang islam.

Keenam inilah bahayanya bila orang berpolitik menggunakan topeng Agama dan membawa imej ulamak. Pembohongan dan pemutarbelit hukum dilakukan tanpa segan silu untuk menghalalkan amalan urusan dunia berpolitik yang dilakukan cara tidak beretika.

Ketujuh penduduk Permatang Pasir pun sendiri berasa kesal melihat politik mengaibkan orang berlebih-lebihan. PASberg lupa yang cuba di aibkan adalah anak Permatang Pasir sendiri yang mempunyai ramai saudara dan taulan di sini. Sedangkan calon PASberg adalah calon import dari luar.

Tetapi damage control ini sudah lewat. Banyak perkara mungkar rupanya yang membaluti pemimpin-pemimpin Pasberg seperti Mat Sabu dan Mahfuz. Amalan politik politik fitnah dan pembohongan kini sudah menghantui PASberg.

Wahai ahli-ahli PASberg, katakan yang benar bahawa BEER dan CARLSBERG itu HARAM.

Nizar PASberg - konfom Anak Mahfuz di Penjara

Cerita Mahfuz terlalu kerap melawat penjara Alor Setar sudah tersebar luas. Ada maklumat yang kata apa yang disebut oleh blog tentang isu ini adalah benar. Apa yang benarnya?

Ramai juga yang dah tahu cerita ini tergelak besar, bila melihat Mahfuz bercakap pasal intregriti . Mereka berkata anak beliau sendiri yang beliau bela daripada kecil pun beliau gagal didik, lagi beliau nak bercakap pasal intergriti. Mahfuz, lakonan anta ada class.

Untuk makluman semua, anak Mahfuz sedang ditahan dipenjara Alor Star, kerana kesalahan menghisap dan mengedar dadah.

Amat malang bagi PASberg kerana mempunyai seorang pimpinan kanan yang gagal mendidik anak sendiri. Bagaimana nak pimpin orang lain jika anak sendiri pun tidak boleh pimpin.

Dah nasib badan apabila ada orang bertanya kepada Mahfuz, kenapa beliau kerap ke Penjara, lalu dijawab olehnya "penjara tersebut berada dalam kawasan saya, sudah tentu saya harus melawat". Apa class punya jawapan, yang akhirnya terbongkar juga.

Kenapa nak berpura-pura Mahfuz, nyatakanlah kebenaran walaupun ianya pahit ! Permatang Pasir membongkar banyak rahsia, termasuk misteri Mahfuz rajin ke penjara.

Sunday, August 23, 2009

Nizar PASberg- Yusri Buat U turn, PASberg lari malam

Dalam perkembangan paling drastik malam ini, rakan kongsi Rohaizat menyeru pengundi Permatang Pasir untuk menyokong calon BN itu.

Yusri berkata "Rohaizat orang baik. Jangan dihina. Jangan dikorbankan orang yang boleh bawa perubahan kepada Permatang Pasir. Saya tidak mahu kenyataan saya sebelum ini dipolitikkan untuk memfitnah dan menghina Rohaizat". Kenyataan dan interview beliau disiarkan oleh TV3 sebentar tadi.

Kenapa ini berlaku? Hanya Jauhari yang mengenal manikam.

Menurut Yusri lagi isu firma guamannya bersama Rohaizat telah diselesaikan dengan baik dan sempurna oleh Rohaizat. Beliau berterima kasih atas bantuan dan pertolongan Rohaizat dalam menyelesaikan isu-isu tersebut.

Beliau yakin, pengundi-pengundi Permatang Pasir tidak akan terikut-ikut dengan pelbagai dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh PASberg kepada Yusri dan Keluarganya.

Beliau memohon pengundi Permatang Pauh memberikan peluang kepada anak muda ini mencurahkan bakti kepada Islam dan orang melayu.

Nizar PASberg - Salleh Tengking Mujahid

Cerita menarik malam tadi adalah peristiwa panas yang berlaku di belakang pentas peti undi Bukit Indera Mulia. Cerita sok sek ini di lapurkan dalam beberapa blog.

Salleh Man, calun PAS di Permatang Pasir dilihat menengking Mujahid Yusof Rawa.

Ini mungkin sebab rasa tidak puashati Salleh terhadap Mujahid yang telah membongkar rahsia duit. Isu duit kempen PRK Permatang Pauh dan sekolah pintar PAS hanya diketahui oleh Mujahid. Salleh Man yakin Mujahid cuba sabotaj dia dalam pilihanraya kecil ini.

Pertengkaran ini berlaku selepas sahaja Salleh Man memberi ceramah dan beliau melihat Mujahaid berada di belakang pentas.

Salleh Man berada dalam tekanan yang amat tinggi. Riak muka wajah Salleh Man pun nampak macam dah tak larat nak terus berkempen lagi.

Drama belakang pentas ini juga dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pas yang dipengerusikan oleh Mahfudz Omar awal pagi ini. Dalam mesyuarat itu Md Sabu mempertahankan Mujahid dan menegur sikap Salleh yang cepat panas baran dalam kempen pilihanraya ini.

Nizar PASberg - bicara moral


Menepati ramalan sebelum ini, PAS menggunakan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Rohaizat Othman. pengarah Pilihan Raya PAS DUN Permatang Pasir Datuk Mahfuz Omar dalam kempen awal parti itu cuba membangkitkan isu penggantungan lesen guaman Rohaizat oleh Majlis Peguam dan mengaitkkannya dengan moral calon BN itu.

Menurut beliau calon BN itu sepatutnya menarik diri kerana mempunyai masalah moral selepas didakwa terbabit dalam kes pecah amanah dan lesen guamannya ditarik balik oleh Majlis Peguam pada tahun 2008.Katanya, tak perlulah pembangkang sebut soal moral Rohaizat kerana calon BN itu tidak lakukan sebarang kesalahan dalam isu syarikat guamannya, kes itu kan dah settle.

kalau nak di ikutkan rohaizat ni tidak pun dituduh di mahkamah, macam mana pulak nak kata dia bersalah sedangkan pemimpin pembangkang ada yang sedang hadapi dakwaan di mahkamah kerana kes liwat. ini masalah moral lagi teruk. korang tengok Anwar Ibrahim pun berdepan soal moral tetapi PAS buat bodo je tak depun depa nak kecoh-kecoh,soal moral kerap jadi isu setiap kali ada pilihan raya dan selalunya calon BN jadi sasaran.

Padahal ramai tahu, pemimpin pembangkang juga hebat dengan kes-kes moral ini termasuk ADUN Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong. gambar-gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor itu dan tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki Melayunya, seorang ahli PKR, senyap begitu sahaja malah ada yang mengatakan ada rakaman video lucah mereka..

Orang PAS pun tak kisah soal itu kerana Elizabeth sudah jumpa Mursyidul Am PAS, Nik Aziz untuk mencuci dosa itu bagai tak nampak wanita itu ada kesalahan moral. Selain kes Anwar, Elizabeth.

Bagai mane pula dengan pemimpin PAS? ada seorang pemimpin PAS bertaraf ulama iaitu Ketua Dewan Ulama Perlis, Abdul Rashid Rahman yang moralnya boleh dipertikaikan.ekoran sikap panas barannya, isteri beliau, Siti Rosmala Mohamed menuntut cerai.

Haa...haa.. ni yang paling syok ni, dalam perbicaraan kes perceraian itu isteri beliau mendedahkan selain sering dipukul suami dan suami dia ni ‘hari-hari mau’, maksudnya kuat main la isterinya turut mendedahkan “dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang” .kerana tak tahan isterinya tuntut cerai dan keluarlah macam-macam cerita ketika kes itu dibicarakan.

Tentu kau orang ingat lagi kes Mohamad Sabu atau Mat Sabu dengan Norma, isteri orang di bilik 121 hotel Perdana Kota Bharu, Mat Sabu mengaku memang Norma datang jumpanya di bilik hotel dengan alasan kununnya nak beri ubat kerana Mat Sabu sakit kepala. sakit kepala... kepala atok kau, kau nak bertenggek dengan minah tu kau cakap je la...Namun parti itu tetap terima Mat Sabu hingga beliau sebelum ini dipilih Naib Presiden parti walaupun ada isu moral dan baru tigakeempat bulan lepas ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja selepas mengislamkan wanita itu. Ibarat habis madu, sepah dibuang mereka akhirnya mereka bercerai.

Yang menariknya, wanita itu tuntut harta sepencarian berjuta-juta ringgit. Kenapa wanita itu tuntut sebanyak itu, kerana beliau pasti tahu di mana wakil rakyat itu kaut duit. haa..haa... kantoi. ni belum kita cerita pasal pengarah pilihanraya pas permatang pasir mahfudz omar, dengar cerita dia ni kerap sangat pi melawat pusat serenti, betul ka??, mahfudz pi melawat sapa? ada anak beranak dia ka chek in kat situ ka ? atau dia ada buah hati kat situ ka?, so kalau mahfudz ada anak beranak yang chek in kat sana, maka mahfudz tak layak lah untuk bercerita dan mempertikaikan moral orang lain. pasal moral famli hang pun hang tak boleh nak jaga.
Cantiknya tulisan Darulehsan today.blogspot yang kupas isu moral ini satu persatu. Dalam PASberg ini sebenarnya penuh dengan skandal pemimpin yang disorokkan.

Nizar PASBERG - Anak Mahfudz Terlibat Dadah?

PASberg bercakap soal moral konon. Mari kita bahaskan.

Ada lapuran yang menyebut anak mahfudz terlibat dengan dadah :
" Kalau diri begitu sempurna untuk kononnya bertanggungjawab menegur, BETULKAH ANAK MAHFUDZ PERNAH DITANGKAP DAN DITAHAN KERANA PENYALAHGUNAAN N.AJIS DADAH??????????????? "
Tahniah The Unspinners kerana membongkar rahsia-rahsia pemimpin PASberg.

ooooohh takut yer mahfudz. Nak report polis lah pulak bila terkena bontot hang. Sejak bila bekas ketua pemuda PASberg ini jadi pondan? Hang boleh hentam macam-macam kat orang lain, bila terkena batang hidung hang pusing belakang pulak!!!

Dengar cerita Mahfudz juga buat budaya baru dalam PASberg iaitu budaya pemimpin BISU :
" Peranan Mahfudz nampaknya lebih daripada peranan seorang Pengarah Pilihanraya. Calun PAS Salleh Man nampaknya adalah orang bisu. Tak boleh bercakap tanpa teks. "
PASberg untuk semua, CARLBERG sudah menjadi rakan karib PASberg. Pemimpin PASberg sedang dilatih jadi BISU untuk masa depan rakan kongsi DAP dan PKR.

Nizar PASBERG yang mati PUCUK





Kempen di Permatang Pasir terus mengelegak. Pemuda PASberg lebih agrresif dan militan dari yang macam biasa. Kali ini mereka bertindak lebih ganas.

Mereka telah mengepung ahli puteri yang sedang memberikan bantuan kebajikan kepada sebuah rumah di Kg Sama Gagah di Permatang Pasir. Ahli puteri di kepung, di herdik, dimaki dan dihalau dari kampung itu.

Beb ini sudah lebih. Lu memang ganas beb. Tapi tak sangka lu ni mati PUCUK rupanya. Lu hanya berani kepada puteri. Apa lu ni nak ngorat ker. Lu pun satu lah beb. Rupa nya lu pun kaki balun belakang macam anwar aljuburi sampai lu mati pucuk yer beb.

Terima kasih kepada GAP yang cekap melapurkan.

Saturday, August 22, 2009

Nizar PASBERG

Sementelah Pas telah bersetuju dengan kenyataan Ronnie Lui. Ronnie kata BEER dan CARLSBERG itu boleh diminum oleh orang Islam. Maka sesuai lah Pas di panggil sebagai PASBERG.

PASBERG adalah kebenaran hakiki buat pas yang telah setuju segala perbuatan liwat Anwar dan anti Islam Dap.

Bukankah tok lebai pas niki ajis pun dah setuju untuk kit siang jadi pm. Dia tak kisah apa pun asalkan pas boleh dapat undi cina. Pas tak kisah jual Islam, asal cina undi Pas. Pas tak kisah gadai islam, asal cina undi Pas.

Take BEER, Take BEER !

Monday, August 17, 2009

WONG- the new HERO


Setelah Teo Beng Hock, maka kini Wong, setiausaha politik Ronnie Lui Raja Gangster. Ya akan menjadi hero baru DAP untuk lebih kurang satu bulan ini.

Ini semua kerana dia cuba nak melarikan diri dari disiasat oleh SPRM. Setelah kira-kira satu minggu dia melarikan diri dari SPRM, akhirnya dia menyerah diri.

Tatkala hendak dibawa ke Ibupejabat SPRM, dia telah cuba melarikan diri dengan membelasah kakitangan SPRM. Akibatnya dia cedera di lutut.

Hari ini dia membalut bukan sekadar lutut tetapi sampai ke pangkal peha. Pelik-pelik, sakit dilutut tapi balut sampai di atas.

Ini semua drama nak menjadikan WONG heru baru lepas Teo. Mampus lah lu melayu PAS dan PKR kena tipu dengan Ronnie dan kroni-kroni nya.

Saturday, August 15, 2009

Yes, i am the king, SO WHAT !




Memang dia lah raja baru di selangor. Polis tak berani sentuh dia. SPRM tak berani jenggok dia. MBSA dimaki hamun.

Tahniah kepada DAP dan PAS yang telah melahirkan Ronnie Lui, sebagai raja baru selangor. Tahniah kepada PDRM dan SPRM yang telah memahkotakan Ronnie sebagai the undispute king di selangor.

The King Ronnie adalah superman baru penyelamat penyanggak.

Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz wajar di sunatkan lagi


Kita memang tak paham bila ada pemimpin yang gelar dirinya ulamak tetapi bersikap betul-betul macam ular dalam semak. lebih tak paham bila dia beri lesen kepada orang kafir untuk belasah Islam. ini adalah ulamak kapal selam. ulamak kapal selam adalah ulama yang timbul tenggelam ikut nafsunya.

Nik Aziz wajar di sunat semula. dia beri lesen kepada Ronnie Lui jahanam yang kata BEER ia halal. betul lah gelak orang PKR, - Dulu orang Pas TAKBIR, sekarang bila mereka dah berkawan dengan orang Dap mereka TAKE BEER.

Nik Aziz juga rela menyindir Dr Riduan Tee yang belasah orang kafir kerana semangat mereka yang terlalu membela sikap asobiyah perkauman. nampaknya Nik Aziz lebih bersetuju dengan YB Loke Dap yang membelasah Dr Riduan. malahan Loke kata Islam agama PU.. dan SIAL. nik aziz tidak pertahankan Islam, malah dia puji oleh yang macam Ronnie Lui, Loke.

dia wajar disunat semula.

Tuesday, August 11, 2009

Pas dan penyakit mati pucuk - Take Beer


Setelah nampak garang, Pas Selangor pimpinan Exco Selangor Hassan Ali hari ini betul-betul lembik. Mati pucuk kot. Dalam satu kenyataan Pas Selangor minta MB Khalid Ibrahim menerangkan isu jualan arak kepada umum.

Maka tutup buku lah cerita Pas boleh mewakili rakyat yang beragama Islam bila bersikap macam betina bila berbicara soal perjuangan.

Benar juga kata Tun Mahathir bila dia menyebut ;
" DAP and PAS were being made use of by PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim to fulfil his dream of becoming prime minister.

“Anwar are using these two parties so that he can succeed. These people are all being made use of by him,” he said."

Pas dan Dap sekadar jadi kuda tunggangan PKR untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Di Selangor Hassan Ali dan Pas menjadi kuda tunggangan Khalid Ibrahim manakala Khalid Ibrahim menjadi kuda tungangan Ronnie Lui pula. Ini lebih dasyhat dua kali kena tunggung!, sure bercalar punya, itu pun tak sedar-sedar.
Lakonan Hassan Ali ternyata super class hebat, demi PERUT dan KRONI-KRONI.

Monday, August 10, 2009

Anwar minta nyawa ?


Cerita Anwar jumpa PM makin luas. Ia mula di sebut oleh seorang businessman yang bermain golf dengan seorang sahabat. Dia kata, Anwar kalau dah terdesak dia akan buat apa sahaja. Dia mula buka cerita dah heboh dalam circle business yang Lim Kok Wing akan jadi new big tycon bila anwar berkuasa.

Jasa besar Kok Wing adalah membuatkan pertemuan Anwar dan PM bulan lepas. Cerita ini juga disebut oleh The Unspinners.

Cuma terasa pelik gak, betul ke pertemuan itu? Kalau betul aper yer yang dibincangkan? Betul ke Anwar cadang kat PM yang dia akan bubarkan PKR dan sertai Umno kalau PM boleh yakinkan mahkamah untuk tarik balik kes liwat Anwar itu? Betul ke Anwar minta PM lantik Nurul Izzah sebagai menteri dan MT Umno?

Desperate betul Anwar sekarang. Kita tunggu, ada tak PM baru ni sanggup lepaskan anjing tersepit. Jeng, jeng, jeng.

Thursday, August 6, 2009

Ogy the JIM BLUES



YB Rodziah Ismail adalah sebahagian dari JIM (Jemaah Islah Malaysia) connection dalam wanita PKR. Umum tahu bahawa ramai brothers dan sisters JIM menang dalam pilihanraya yang lalu. Antara mereka adalah YB Zuraidah Kamaruddin, YB Shaari Sungip, YB Haniza Talha.

YB JIM dalam Pas termasuk lah Dr Zulkifli Ahmad. Akibat dirasuk semangat hedonisme gerakan JIM kini cuba menguasai segala-galanya. Tidak keterlaluan JIM telah jauh meninggalkan gerakan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dalam banyak hal termasuk dalam hal politik. Pun begitu bro JIM kena ingat Anwar adalah dari ABIM connection. Maknanya sepandai-pandai JIM, pandai lagi ABIM, kerana orang JIM tunduk kepada Anwar orang ABIM.

Nak kata orang JIM bijak sangat tidak lah jugak. Kalau bijak takkan lah sampai kak ogy kena masuk perangkap ABIM. Siapa lagi yang nak pekenakan kak Ogy kalau bukan orang ABIM. Kak ogy adalah orang JIM pertama yang menjadi mangsa check and balance ABIM. Ada lagi yang sedang menunggu giliran mereka. Kita sama-sama tunggu.

Wednesday, August 5, 2009

DNA, SPRM dan Anwar




"Pada Inkues Teoh hari ini 157 sampel DNA dari semua pegawai SPRM, polis, forensik dan pekerja cuci bangunan dikemukakan satu persatu. Mahkamah mendapati semuanya itu tidak sepadan dengan DNA yang ada pada jaket/talipinggang Teoh.

Maknanya kesemua kakitangan SPRM, Polis, forensik, pekerja cuci bangunan yang berjumlah 157 orang itu BEBAS dari sebarang kaitan berkenaan DNA yang ada pada jaket/talipinggang Teoh. Dalam perkataan yang mudah, mereka semua tiada kaitan dengan kes kematian Teoh."

Pembuktian DNA sangat powerfull sekarang. Itu sebabnya anwar takut DNA. Anwar memang ada asas untuk takut, kerana sumpah saiful itu BENAR. Teknologi moden membuktikan kebenaran sumpah saiful melalui DNA.